We're family afterall

Latest

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir!

HappyCircle ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun kepada sahabat-sahabat circle. Semoga kalian mendapat bantuan Allah dalam mengharungi peperiksaan dunia dan akhirat.

Janganlah kita menyerah diri selagi masa belum tamat. Sedangkan jika dunia hendak kiamat, dan jika ditangan terdapat benih tamar, kita mesti tanam benih itu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jadi, selamat berjuang dan beramal! =)

Advertisements

Judi: Pandangan Agama dan Sains

Bagi sahabat-sahabat pembaca yang beragama Islam, kita semua faham akan keharaman judi dan bagi pembaca-pembaca lain secara umumnya mengetahui keburukan dari tabiat suka berjudi dan industri pejudian itu sendiri. Tulisan ini tidak akan membincangkan maksud dan takrifan judi. Kerana kita semua tahu.

Ulama fiqh yang masyhur, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi berkata antara sebab pengharaman judi adalah:

a- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.

Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.

b- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .

Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarganya dan kewajibannya akan ummat keseluruhannya .

Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.

Keasyikan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.

Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.

Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.

Dalam pandangan agama Kristian pula:

(sumber:http://www.studythebible.com/question/topics/gambling.htm)

Yes, it is a sin to gamble. It is a sin because one goes against God’s plan for man, that he is to earn his living by the sweat of his brow, Genesis 3:19. It is a sin because it will cause one to spend their salary on gambling instead of providing for one’s family. It is a sin because it can cause someone to become so heavily indebted that they lose their job, their home, and their family. It is a sin because it will cause one to do dishonest things in order to get more money to gamble. It is a sin because it can be addictive, just like drugs or alcohol, killing one’s initiative to do honest work. It is a sin because basically it is taking money from many to give to a few. It is a sin because, as all studies show, a community is negatively impacted when gambling is allowed.

Pandangan agama Hindu:

(sumber: http://bali.stitidharma.org/judi-dalam-pandangan-hindu/)

Judi dilarang dalam Agama Hindu. Kitab suci Manawa Dharmasastra Buku IX (Atha Nawano dhyayah) sloka 221, 222, 223, 224, 225, 226, 227, dan 228 dengan jelas menyebutkan adanya larangan itu. Sloka 223 membedakan antara perjudian dengan pertaruhan. Bila objeknya benda-benda tak berjiwa disebut perjudian, sedangkan bila objeknya mahluk hidup disebut pertaruhan.

Pandangan Sains:

Sumber: http://www.telegraph.co.uk/science/science-news/4590882/Near-misses-encourage-gambling.html

Scientists believe they have uncovered the secret of why gambling is so addictive: a near miss feels almost as good as a win. The research could explain why people continue to gamble even when they know that the odds are against them.Even though they lose, gamblers get a surge of excitement from almost hitting the jackpot, the study found.

Sumber jurnal:

Problem gamblers share deficits in impulsive decision-making with alcohol-dependent individuals Lawrence AJ (Lawrence, Andrew J.) et al

”Gambling and alcohol-dependent groups shared deficits in tasks linked to ventral prefrontal cortical dysfunction. Tasks loading on dorsolateral prefrontal cortex were selectively impaired in the alcohol-dependent group, presumably as a consequence of long-term alcohol use.”

Sumber jurnal:

Gambling pathology is associated with dampened cortisol response among men and women J.J. Paris et al

”Engaging in gambling instantiates many of the same physiological processes that are associated with drugs of abuse. First, there are autonomic effects of gambling. We and others have demonstrated that non-pathological gambling is associated with increases in heart rate. As well, autonomic stimulation is observed with engagement in drug-seeking and drug-taking”



Surah Taha :3

Surah Taha ayat : 55-82 (rujuk ayat-ayat ini)

Nabi Musa a.s berhadapan dengan satu pertembungan yang amat besar.

Pertembungan seorang Nabi yang diajarkan untuk bersaksikan tentang ‘La Ilah Illah Allah’ di hadapan seorang raja yang paling taghut (melampau)

Al-Shahid Sayyid Qutb merakamkan pertembungan besar itu sebagai:

إن موسى ـ عليه السلام ـ ذاهب لمواجهة أقوى ملك في الأرض وأطغى جبار. إنه ذاهب لخوض معركة الإيمان مع الطغيان. إنه ذاهب إلى خضم من الأحداث والمشكلات مع فرعون أول الأمر؛ ثم مع قومه بني إسرائيل وقد أذلهم الاستعباد الطويل وأفسد فطرتهم،

õ      Pertembungan ataupun menghadapi seorang pemerintah yang memiliki kuasaan kerajaan yang kuat, menguasai rakyat jelata, serta memiliki segala hasil kekayaan dan ketamadunan mesir yang memang diakui hebat sejak dahulukala.

õ      Pertembungan tersebut digambarkan amat besar disebabkan pengaruh kuat Firaun yang hebat dan keangkuhannya serta kelebihan yang dimilkinya telah menjadikan dirinya digelar sebagai ‘taghut’ oleh Allah.

õ      Pertembungan itu juga digambarkan sebagai suasana yang amat payah dan penuh dengan rintangan seolah-olah suatu pertempuran di antara Iman dan kethagutan.

õ      Pertembungan itu juga memakan masa yang amat panjang. Pertama bertembung dengan Firaun dan kerajaannya dan seterusnya bertembung dengan rakyat firaun baik di kalangan bani Israel sendiri atau bangsa selainnya yang telah terlalu lama berada di bawah telunjuk dan karat kekufuran yang bersebati dengan kehidupan dan sistem yang telah dibuat oleh Firaun. Bukan sahaja sistem dan konsep ubudiyah mereka telah terpesong jauh tetapi juga fitrah mereka juga telah melebur. (kerana itu bangsa bani israel ini menjadi terlalu sukar untuk dibentuk, walaupun mereka terselamat dari dibunuh oleh firaun .. sekali mereka beriman dengan Allah tetapi kemudian mereka menyembah sapi. Mereka beriman sekejap dengan nabi tetapi kemudian merancang untuk membunuh mereka. Mereka berdoa meminta makanan turun dari langit tetapi setelah kenyang mereka kembali kufur. Betapa berzamannya sistem firaun membayangi cara hidup dan fitrah mereka.

Kerana itu kepulangan Nabi musa bukan kepulangan yang biasa. Bukan kepulangan yang akan disambut dengan permaidani merah di istana firaun tempatnya membesar. Bukan juga dirai dengan haruman kasturi dan kalungan bunga-bungaan istana. Tiada payung di-Raja akan meneduhnya dari ancaman. Tetapi kepulangan untuk menghadapi tanggungjawab dakwah yang penuh dengan duri kerana itulah sunnah ataupun nature kerja-kerja dakwah.

Nabi Musa berasa gusar dan bimbang akan masa depannya di Mesir, maka Allah peringatkan kembali marhalah-marhalah kehidupannya yang merupakan ‘proses dan program tarbiyyah’ yang telah dirancang oleh Allah swt.

  1. Sebelum dan setelah dilahirkan – diancam dengan maut. Maka diilhamkan kepada ibunya jalan untuk menyelamatkan dengan peti yang dihanyutkan.
  2. Diancam dengan maut setelah dijumpai tetapi Allah mencampakkan kasih sayang keibuan kepada asiah, isteri Firaun.
  3. Dibesarkan di dalam istana raja dan beberapa kali terancam nyawa, tetapi terselamat setelah menghadapi ujian makan bara sehingga terlepasnya dari kemarahan firaun.
  4. Melihat kekejaman yang dilakukan oleh firaun dan jiwanya yang tidak sanggup melihat kezaliman. Seorang berbangsa qibti menemui ajal yang menyebabkan nabi musa menjadi buruan kerana menyalahi sistem yang telah ditetapkan oleh firaun iaitu baginda nembela di kalangan bani israel yang tertindas.
  5. menyelamatkan diri dari sistem firaun ke Madyan dan bertemu dengan Nabi Shuayb. Baginda telah menyediakan program tarbiyah di bawah asuhan wahyu Allah selama 10 tahun – membantu pembentukan individu daiy yang bakal berhadapan dengan seorang yang bernama firaun.

Bayangkanlah proses tarbiyah dan islah ini mengambil tempoh yang amat lama. Tidak ada jalan yang cepat dalam berdakwah.

Dan juga tidak ada alasan yang terlambat di kala kita yang telah berusia. Nabi Musa tidak henti dan terpilih waktu-waktu untuk menyatakan kebenaran dan membela keadilan.

Tanpa ditunggu usia semakin matang, ataupun ilmu penuh di dada, baginda nekad dan bertindak di waktu usia masih muda.

Kisah Nabi Musa as menunjukkan kepada kita beberapa cara/jalan dalam usaha berdakwah yang boleh dipedomani:

a)      Proses pembentukan individu itu amat penting. Sama ada dibentuk oleh Allah melalaui mehnah-mehnah kehidupan yang telah dirancangkan-Nya ataupun juga dengan bantuan dari seorang murabbi seperti Nabi shuayb.

b)      Persediaan baik fizikal, mental dan spiritual amat penting kepada seorang daiy. Nabi Musa dibesarkan di dalam istana yang terjamin mutu persekitarannya, pendidikan, makanan yang berkhasiat. Sikap baginda yang mengambil tahu urusan istana dan juga luar istana membuktikan bahawa perkembangan minda dan pemikiran yang tinggi. Kemudian Allah membuat satu pemisahan di antara haq dan batil untuk memisahkan Nabi Musa dari sistem kehidupan Firaun dan pergi ke Madyan untuk membentuk spiritual dan juga akidah baginda.

c)       Persediaan berdakwah secara berstrategi. Nabi musa as menyedari bahawa berdakwah memerlukan kekuatan dukungan/sokongan. Amat mustahil baginda akan berjaya dan mampu berhadapan dengan firaun dengan berdakwah bersendiri. Sebagai satu strategi dakwah – dipohon agar saudaranya Harun dan kaum keluarganya yang rapat menjadi pembantu. Strategi ini digunakan oleh Nabi Isa yang dibantu oleh golongan hawariyyin, Ashab al-Kahfi yang berkumpulan, Nabi Ibrahim dengan keluarga baginda, para isteri dan zuriat mereka iaitu Nabi Ishak dan Ismail , juga sepupunya Nabi Lut a.s.

d)      Persediaan ilmu – mengetahui dan mendalami latar belakang kaum, umat yang ingin diseru dalam semua aspek. Mengetahui aspek-aspek kehebatan, kelebihan dan juga kelemahan. Juga persediaan untuk menyediakan jawapan-jawapan kepada hujah ataupun argument yang diberikan oleh mereka. Ilmu-ilmu lain spt komunikasi berkesan, mantiq ataupun logik, dsb. Nabi Harun menjadi dokongan yang kuat kepada nabi Musa bukan dalam soal strategi jama’iy semata tetapi baginda mempunyai kebolehan pidato dan berhujah. Pidato dan hujah tidak boleh kosong. Ia mesti ada asas ilmu pengetahuan.

e)      Persediaan alatan dan teknikal – bantuan material yang boleh membantu keberkesanan dalam berdakwah, berhujah ataupun membuktikan kebenaran. Cthnya Nabi Musa menggunakan tongkat dan tangannya untuk membuktikan hujah dan mengalahkan pihak yang mencabarnya. Kehebatan dalam peralatan boleh menjadi satu pukulan dan menjatuhkan motivasi pihak yang penentang yang mencabar.

f)       Menggunakan  peluang yang ada dan alam. – Cthnya Nabi Musa a.s menggunakan sebaik-baik peluang dalam perhimpunan dan majlis keramaian yang ramai dihadiri oleh masyarakat untuk menyampaikan ajaran Allah dan mengalahkan pihak musuh. Juga digunakan hujah-hujah alam yang lebih hampir dan dekat dengan hati manusia dan kehidupan mereka.

Selain itu, kisah ini juga menunjukkan kepada kita beberapa pengulangan ataupun siri-siri ulangan beberapa peristiwa dan situasi.

  1. Setiap kerja dan usaha atas nama Islam/agama dan dakwah akan ditolak oleh golongan penguasa dan raja-raja yang zalim. (sila berikan contoh-contoh yang diketahui)
  2. Penggunaan hukuman dan ancaman kekerasan dikenakan terhadap golongan yang tertindas baik orang-orang yang menyatakan keimanan ataupun mereka yang menyeru kepada agama Allah dengan tujuan untuk melumpuhkan dakwah ataupun mengancam pihak yang mungkin terpengaruh dengan seruan dakwah. Cthnya penyaliban kumpulan ahli sihir yang telah beriman dengan ajaran Nabi Musa, penjara dan penyiksaan dikenakan terhadap golongan ruhban ataupun pendita-pendita yang beriman dengan Allah, dibakar dalam api seperti Nabi Ibrahim dan masyarakat ghulam, digergaji dan disiat-siat kulit-kulit dan anggota badan, ditolak dalam air rebusan seperti kisah penyisir rambut keluarga Firaun.
  3. Salah satu ciri terpenting golongan yang beriman pada setiap zaman ialah mereka akan berani menyatakan keimanan mereka terhadap Allah. Cthnya dalam kisah Nabi Musa ini – ayat 70. Surah al-Kahfi – ayat 14. Begitu juga dalam kisah ashab al-Ukhdud – di mana masyarakat yang beriman dengan ghulam bersaksi tanpa rasa takut bahawa mereka ‘Amanna bi Rab al-Ghulam’ – kami telah beriman dengan Rab kepada ghulam. Begitulah juga para sahabat Rasulullah saw seperti Bilal bin Rabah yang menyebut Ahad, Ahad, Sumaiyah yang menjadi wanita pertama Syahid pada zaman Nabi Muhammad. Saad bin Muaz yang menyeru lantang la ilah Illa Allah dalam pertempuran sehinggakan bergegar Arasy Allah dengan kematiannya.

Surah Taha 2: Kisah Kepulangan Nabi Musa a.s.

Surah Taha mengemukakan episod risalah Nabi Musa a.s yang amat bermakna untuk kita hayatinya. Menariknya dalam surah ini, Allah saw taala kemukakan episod-episod kehidupan dan perjalanan dakwah Nabi Musa a.s secara imbasan kembali.

Apakah hikmah, apakah rahsia yang boleh digali dari surah ini? Barangkali Allah ingin tunjukkan kepada kita pembaca al-Quran bahawa surah ini bukan sahaja untuk menggambarkan kehidupan dan liku-liku dakwah Nabi Musa yang berduri dan penuh dengan tribulasi semata-mata tetapi sebenarnya setiap episod kisah-kisah para anbia dan aulia dalam al-Quran telah dirancang dengan teliti oleh Allah swt. Bayangkan setiap episod kehidupan mereka contohnya Nabi Musa a.s merupakan perjalanan proses marhalah-marhalah tarbiyah sehingga baginda diutuskan secara rasmi sebagai seorang Nabi dan rasul.

Dalam surah al-Kahfi yang pernah kita baca sebelum ini, kita pernah berjumpa dengan satu kisah perjalanan baginda bersama seorang hamba yang salih. Dalam perjalanan tersebut ada tiga episod ataupun marhalah tarbiyah yang disediakan oleh Allah untuk baginda. Begitulah seterusnya dalam beberapa kisah yang lain dalam kehidupan Nabi Musa a.s. Apabila kita membaca surah Taha, al-Qasas dan al-Syua’ara contohnya kita akan temui lagi kisah perjuangan hidup dan dakwah Nabi Musa a.s. Masihkah ingat kisah baginda yang dihanyutkan di sungai? Demi menyelamatkan seorang anak, si ibu telah berusaha untuk mencari jalan-jalan terbaik untuk anak yang dikasihi. Tanpa disangka, sungai yang difikirkan jalan yang paling selamat telah membawa Nabi Musa a.s (yang masih kecil) ke istana Firaun? Sebaik sahaja kecamuk si ibu reda melihat anaknya pergi dibawa arus, datang debaran baru tentang haluan peti anaknya menghala ke Firaun, raja segala raja kezaliman.

Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini. Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya: Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya? Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya dia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa! (Taha 37 -40)

Nabi Musa a.s membesar di istana sebagai seorang putera raja. Ditatang bagaikan minyak yang penuh, dipakaikan dengan pakaian yang indah, dihidangkan dengan hidangan yang paling lazat, dilimpahi hidup dengan kemewahan. Disediakan sebaik-baik pendidikan baik untuk menajamkan pemikiran ataupun menguatkan jasad. Pelik bukan? Ibu Nabi Musa a.s menyangka anaknya bakal bertemu ajal sekelip mata, rupanya Allah menjadikan istana tersebut tempat yang paling selamat untuk baginda. Begitulah yang terjadi sebaliknya dalam tadbiran dan pengetahuan Allah s.w.t.

Al-Syahid Sayyid Qutb melahirkan pandangan yang amat menarik dalam penulisannya Fi Zilal al-Quran mengenai kepulangan Nabi Musa as. Inilah babak pertama Nabi Musa dalam surah ini yang berkisar tentang kepulangan. Setiap manusia dia akan terasa suatu ikatan yang amat kuat dengan tempat asalnya. Dari sekecil ‘kepulangan’ sehingga sebesar ‘kepulangan’ ke negeri akhirat. Itulah nature seorang da’iy yang mana dia akan memberikan prioriti untuk berdakwah dan mengubah dirinya sendiri, kaum keluarga, tanah air yang lebih hampir ikatan tersebut dengan dirinya biarpun jasadnya jauh merantau.

Ikatan inilah yang menarik-narik jiwa Nabi Musa untuk pulang walaupun sepuluh tahun berada di bawah bumbung tarbiyah seorang Nabi di Madyan dan berkeluarga di sana, belum menjamin dan tidak memberikan satu desakan yang kuat untuk dia terus berumahtangga dan menyumbang di Madyan. Di tambah pula, kezaliman Firaun di negeri sendiri yang sebut-sebut orang dan didengar-dengar dari jauh telah menyebabkan Nabi Musa merasa bertambah kuat perlu baginya untuk kembali. Inilah perasaan da’iy ataupun pendakwah yang mengetahui di manakah prioriti dan halatuju dakwah mereka.

Tetapi kembali Nabi Musa a.s yang bagaimana? Kembali untuk dihukum sebagai seorang penjenayah? Atau kembali untuk menamatkan hayat di tangan Firaun? Sedangkan dia tahu sebagai seorang lelaki berketurunan bani Israel, hidupnya tidak akan selesa, bahkan sudah ramai yang telah dibunuh baik sejak usia mereka kecil sehinggalah peringkat mereka yang sudah berusia.

Sepuluh tahun dahulu, Nabi Musa a.s terpaksa menyelamatkan dirinya setelah terlibat dengan konflik perbalahan di antara dua bangsa Qibti dan Israil. Konflik bangsa yang sia-sia dan tiada masa depan di bumi Mesir. Tetapi baginda menjadi mangsa keadaan. Seorang manusia yang tidak suka kezaliman dan kekejaman terpaksa masuk campur untuk menamatkan sengketa. Siapakah suka kepada konflik ? Apatah lagi jika hatinya ada jiwa penghambaan kepada Allah taala? Siapakah yang suka penindasan ? lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang menjunjung keadilan dan hak yang sama buat semua?

Baginda yang terperangkap dalam konflik tersebut secara tidak sengaja membunuh seorang yang berbangsa Qibti sewaktu menyelamatkan seorang lagi yang dizalimi kebetulannya dari keturunan bani Israil. Demi mengelak mudarat dan hukuman yang takkan berpihak kepadanya, Nabi Musa a.s terpaksa mencari jalan keluar dari Mesir. Dalam suasana semasa yang akan menyebabkan baginda tidak akan mendapat pembelaan yang adil bahkan boleh jadi hukumannya jika dia terus berada di Mesir, bukan hayatnya sahaja yang terancam tetapi seluruh keluarganya yang ditangkap dan dibunuh, lalu Nabi Musa dengan rasa pahitnya sehelai sepinggang membawa diri sehingga ke Madyan. Baginda merasakan awan akan terus menerus mendung dan membawa hujan rupanya ketentuan Allah lebih hebat. Rupanya ada sinar mentari yang bersinar di sebalik mendungnya awan. Siapa menyangka ada pelangi yang indah selepas turunnya hujan. Allah sediakan beberapa penawar di Madyan. Nabi Musa bukan sahaja mendapat jodoh tetapi berjodoh dengan seorang puteri seorang nabi dan mendapat tarbiyah di bawah bimbingan Nabi Syu’aib as sehingga genap sepuluh tahun.

Antara babak awalan dalam Surah Taha ini menceritakan detik-detik kepulangan Nabi Musa. Allah taala bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w apakah sampai kepadamu kisah Musa? Bayangkan jiwa Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda r.a membaca surah ini di kala mereka menghadapi tentangan hebat oleh golongan Quraisy di Makkah. Bayangkan hati-hati mereka yang terpaksa berhijrah meninggalkan rumah tempat mereka berteduh, isteri dan anak serta harta yang menjadi kesayangan mereka. Mereka terpaksa berhijrah ke Habsyah dan kemudian ke Madinah sehelai sepinggang, terancam nyawa dan tidak tahu apakah untung nasib mereka di tempat baru. Apakah mereka akan dapat pulang kembali nanti? Apakah mereka dapat bertemu lagi dengan anak isteri? Apakah nanti ada galang gantinya setiap yang ditinggalkan?

Dalam perjalanan pulang ke Mesir itulah bermulanya era risalah bagi baginda. Pulangnya baginda bukan sekadar tuntutan peribadi dan jiwanya tetapi ditambah dengan tanggungjawab risalah dan amanah baru sebagai seorang Nabi.

Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan. Maka apabila dia sampai ke tempat api itu (kedengaran) dia diseru: Wahai Musa! Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. (Taha 10-16)

Pada malam tersebut, baginda bukan lagi insan biasa. Tetapi diangkat sebagai seorang Nabi dan Rasul untuk Bani Israil. Baginda juga ditemukan dengan cahaya dan dianugerahkan dengan bukti-bukti mukjizat sebagai peneguh hujah dan risalah.

Bayangkan seorang pesalah yang di bawa ke mahkamah untuk dihukum. Itulah perasaan Nabi Musa as untuk menghadapi suasana di Mesir. Tetapi biarpun dikira bersalah menurut hukum Firaun, Nabi Musa as bukan seorang pesalah yang sebenarnya. Mukjizat yang diberikan kepada baginda akan menjadi hujah dan bukti kenabian dan risalah yang dibawakan oleh baginda adalah daripada Allah swt. Walaupun sudah ada kekuatan mukjizat baginda tidak putus berdoa agar diberikan kelapangan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, diuraikan kesusutan dan kesulitan, dimudahkan urusannya, dilancarkan lidahnya untuk mengeluarkan hujah dan tidak biarkan dirinya berdakwah berseorangan tetapi baginda memohon agar ada di kalangan keluarganya yang akan membantu.

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku, Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami. Allah berfirman: Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! (Taha: 25-36)

dipetik daripada chekmekmolek.wordpress.com

Aku berkerja apabila aku rasa senang – Part 2

Ramai antara kita yang apabila sudah mempunyai tekad dalam berjuang (jalan dakwah), memilih untuk mengambil jalan yang paaaling mudah. Berikut antara alasannya:

1. Aku masih lagi seorang pelajar, aku takut pelajaran aku terganggu.

2. Tak apelah, aku buat sorang-sorang pun takpe asalkan aku buat kerja Islam.

3. Aku malaslah nak kerja banyak-banyak, bagi aku kerja mudah-mudah sudahlah.

4. Takpe, aku datang usrah ni aku nak dengar je. Ni kira aku buat kerja Islam jugaklah.

5. Aku rasa, dengan join perubuhan tu bagus, sebab ramai orang dalam tu jadi tak banyaklah kerja.

6. Persatuan tu terkenal, jadi senanglah kalau aku join nanti tak perlu susah-susah nak buat kerja.

7. Aku rasa malam ni aku tak boleh datanglah, exam tak lama lagi ni.

Di atas adalah sebahagian daripada 1001 alasan yang mudah/bakal dicipta oleh seseorang petugas Islam kerana diri sendiri yang tidak sanggup menerima kepayahan dan tidak sanggup berkorban. Barangkali orang-orang seperti ini lupa akan janji-janji dan ganjaran daripada Allah. Sebesar-besar syurga Allah, kesenangan dunia juga yang dikejar. Sebaik-baik nikmat Allah di syurga, kejayaan duniyawi juga di kejar padahal suatu masa dahulu bukan main lagi sebuk bercerita pasal kepincangan negara.

Mari kita teladani firman Allah Taala dalam surah at-Taubah ayat 41

Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah(untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Allah memang dah agak dah yang kalian ni suatu hari nanti bila orang lain ajak berjuang (atau anda sudah berada dalam saf perjuangan) kalian memang akan mempunyai banyak beban dan beban-beban ini akan menjadi alasan untuk kalian menangguh/menolak melakukan kerja-kerja Islam. Sudah terang lagi nyata, Allah menyuruh kita berjuang dalam kita malas mahu pun rajin, susah mahupun senang.

Jadi, ada apa-apa alasan lain?