We're family afterall

tazkirah

Ku menunggu Ramadhan akan datang!

Salam Syawal untuk semua pembaca! =)

Alhamdulillah kita semua sudah selesai melalui madrasah Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu. Namun masih ada antara kita yang pastinya tidak merasa puas sepanjang menjalani ibadah pada Ramadhan. Tidak puas kerana tidak berjumpa dengan Malam Seribu Bulan.

Mari kita hayati Hadis berikut:

Daripada Abu Dzar Al-Ghiffari r.a

Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w
Wahai Rasulullah, khabarkan kepada ku mengenai lailatul qadr. Adakah ia di dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain?
Nabi: Bahkan , ia di dalam Ramadhan
Abu Dzar : Ia ada bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila mereka wafat, adakah ia juga diangkat(sudah tiada) atau ia kekal hingga hari kiamat?
Nabi : Bahkan, ia akan kekal hingga hari kiamat
Abu Dzar : Bahagian ramadhan yang manakah ya Rasulullah
Nabi : Carilah ia di sepuluh awal dan sepuluh akhirnya
Abu Dzar : Dimanakah ia diantara 20 puluh itu?
Nabi : Di sepuluh yang terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepada ku selepas ini
Tetapi aku ingin benar-benar mendapatnya, maka aku bertanya lagi.
Abu Dzar : Aku bersumpah ke atas Mu atas hakku, beritahulah aku, dimanakah dalam sepuluh hari itu?
Lalu Rasulullah, amat marah terhadap aku dan tidak pernah baginda marah sebegitu sekali semenjak aku bersahabat dengan baginda. Tetapi baginda bersabda
Nabi : Carilah ia pada 7 malam terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepadaku
Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i
😀 kasihan Abu Dzar kene marah.
Jadi tips sudah diberi, ayuh kita perhebat dan sambung amalan-amalan yang kita telah lakukan sepanjang Ramadhan lalau, untuk bulan-bulan akan datang, sebagai persediaan untuk bertemu Lailatul Qadr tahun akan datang 🙂

Bay’ Al ‘Inah
Advertisements

Aku berkerja apabila aku rasa senang – Part 2

Ramai antara kita yang apabila sudah mempunyai tekad dalam berjuang (jalan dakwah), memilih untuk mengambil jalan yang paaaling mudah. Berikut antara alasannya:

1. Aku masih lagi seorang pelajar, aku takut pelajaran aku terganggu.

2. Tak apelah, aku buat sorang-sorang pun takpe asalkan aku buat kerja Islam.

3. Aku malaslah nak kerja banyak-banyak, bagi aku kerja mudah-mudah sudahlah.

4. Takpe, aku datang usrah ni aku nak dengar je. Ni kira aku buat kerja Islam jugaklah.

5. Aku rasa, dengan join perubuhan tu bagus, sebab ramai orang dalam tu jadi tak banyaklah kerja.

6. Persatuan tu terkenal, jadi senanglah kalau aku join nanti tak perlu susah-susah nak buat kerja.

7. Aku rasa malam ni aku tak boleh datanglah, exam tak lama lagi ni.

Di atas adalah sebahagian daripada 1001 alasan yang mudah/bakal dicipta oleh seseorang petugas Islam kerana diri sendiri yang tidak sanggup menerima kepayahan dan tidak sanggup berkorban. Barangkali orang-orang seperti ini lupa akan janji-janji dan ganjaran daripada Allah. Sebesar-besar syurga Allah, kesenangan dunia juga yang dikejar. Sebaik-baik nikmat Allah di syurga, kejayaan duniyawi juga di kejar padahal suatu masa dahulu bukan main lagi sebuk bercerita pasal kepincangan negara.

Mari kita teladani firman Allah Taala dalam surah at-Taubah ayat 41

Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah(untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Allah memang dah agak dah yang kalian ni suatu hari nanti bila orang lain ajak berjuang (atau anda sudah berada dalam saf perjuangan) kalian memang akan mempunyai banyak beban dan beban-beban ini akan menjadi alasan untuk kalian menangguh/menolak melakukan kerja-kerja Islam. Sudah terang lagi nyata, Allah menyuruh kita berjuang dalam kita malas mahu pun rajin, susah mahupun senang.

Jadi, ada apa-apa alasan lain?


Kenapa Ucap Alhamdulillah?

Assalamualaikum Wr Wbt,

Salam Sabtu pada semua,

Alhamdulillah.

1. ‘Hamd’. Apakah maksudnya?

Boleh didefinisikan dengan dua perkataan berbeza yakni

a) ‘madh’- puji-pujian

b) ‘syukr’- berterimakasih

Seperti sama sahaja?. Tidak. Jika kita lihat kereta cun diluar rumah, kita akan puji kereta tersebut. Tapi kita tidak bersyukur pada kereta itu.  

2. Maka ‘hamd’ ini menggambarkan ‘attitude’ kita kepada Allah. Bersyukur dan berterimakasih.

Ultimately, segala perasaan syukur dan terimakasih kita adalah kepada Allah sahaja. Tiada erti jika kita berterimakasih kepada ciptaan, atau bersyukur pada ciptaan. Hamd itu hanyalah milik Sang Pencipta.  

Nota- berhati-hati bile kita terikut-ikut dengan budaya orang sini (Barat) yang selalu puji berlebih-lebih. Positive reinforcement? Ingatlah, hadith-hadith berkaitan dengan memuji-muji ini. Ingatlah segala pujian hanya milik Allah. Dan boleh baca doa ini:

“O Allah, do not hold me to account for what they say (about me), forgive me for that which they do not know (about me), and make me better than what they perceive (about me)”

Allahumma la tuakhizni bima yaquluun, Wagh firlii maa laa ya’lamuun, Waj’alni khaira mimma ya dhunnuun.

(al-bukhari in al-Adab al-Mufrad, #761. Declared sahih by al-albani in Sahih al-Adab al-Mufrah #585.)

3. liLlah.

‘Lam’ diawal frasa liLlah ialah ‘lam’ of exclusion dan ‘lam’ of possession. Maksudnya, ‘hamd’ itu hanya milik Allah. Sahaja. Bukan milik sesiapa yang lain.   Exclusively milik Allah Allah’s possesion.  

4. Allah. Boleh dipecahkan kepada Al+Illah.

pakah maksud al?  

Al bermaksud ‘the’.

Illah mempunyai maksud yang amat luas dan boleh diggoogle. Tetapi secara kesimpulan, Illah boleh dipecahkan kepada

a) object of worship

b) object of actions.

Maka- Allah bermaksud ‘THE object of worship, THE object of action’.

Seluruh kehidupan ditumpukan kepada Allah, sebagai punca segalanya, dan sebagai penumpuan kita.

5. Mengapa Alhamdulillah?

Bermaksud= All praise belongs to Allah.

Why is it not phrased differently eg ‘We praise Allah’?

Kerana: Allah tidak memerlukan pujian dan syukur dari kita. Kita nak ucap hamd ke, taknak ke, segala hamd itu masih milik Allah. Dan hamd adalah milik Allah independant of time, independant of the situation, independant of us.

Segala puji-pujian/syukur hanya milik Allah. Period.  

6. Apakah doa yang paling afdol?

Diharapkan poin 1-5diatas akan membantu kita menghayati mengapa:

… sebaik-baik doa ialah alhamdulillah.(tirmidhi 338, ibn majah 3800, nasai’ 831)

Selamat menduduki peperiksaan kepada adik-adik undergrad. Dan selamat menyiapkan dissertation, tesis, research bagi akak-akak, abang-abang. Mari kita pulun bersama. Dan jangan lupa untuk berdoa. Dengan sebaik-baik doa.

Alhamdulillah!

-dipetik daripada tulisan pujangga tanpa nama-