We're family afterall

amal

Ku menunggu Ramadhan akan datang!

Salam Syawal untuk semua pembaca! =)

Alhamdulillah kita semua sudah selesai melalui madrasah Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu. Namun masih ada antara kita yang pastinya tidak merasa puas sepanjang menjalani ibadah pada Ramadhan. Tidak puas kerana tidak berjumpa dengan Malam Seribu Bulan.

Mari kita hayati Hadis berikut:

Daripada Abu Dzar Al-Ghiffari r.a

Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w
Wahai Rasulullah, khabarkan kepada ku mengenai lailatul qadr. Adakah ia di dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain?
Nabi: Bahkan , ia di dalam Ramadhan
Abu Dzar : Ia ada bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila mereka wafat, adakah ia juga diangkat(sudah tiada) atau ia kekal hingga hari kiamat?
Nabi : Bahkan, ia akan kekal hingga hari kiamat
Abu Dzar : Bahagian ramadhan yang manakah ya Rasulullah
Nabi : Carilah ia di sepuluh awal dan sepuluh akhirnya
Abu Dzar : Dimanakah ia diantara 20 puluh itu?
Nabi : Di sepuluh yang terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepada ku selepas ini
Tetapi aku ingin benar-benar mendapatnya, maka aku bertanya lagi.
Abu Dzar : Aku bersumpah ke atas Mu atas hakku, beritahulah aku, dimanakah dalam sepuluh hari itu?
Lalu Rasulullah, amat marah terhadap aku dan tidak pernah baginda marah sebegitu sekali semenjak aku bersahabat dengan baginda. Tetapi baginda bersabda
Nabi : Carilah ia pada 7 malam terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepadaku
Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i
😀 kasihan Abu Dzar kene marah.
Jadi tips sudah diberi, ayuh kita perhebat dan sambung amalan-amalan yang kita telah lakukan sepanjang Ramadhan lalau, untuk bulan-bulan akan datang, sebagai persediaan untuk bertemu Lailatul Qadr tahun akan datang 🙂

Bay’ Al ‘Inah

Aku berkerja apabila aku rasa senang – Part 2

Ramai antara kita yang apabila sudah mempunyai tekad dalam berjuang (jalan dakwah), memilih untuk mengambil jalan yang paaaling mudah. Berikut antara alasannya:

1. Aku masih lagi seorang pelajar, aku takut pelajaran aku terganggu.

2. Tak apelah, aku buat sorang-sorang pun takpe asalkan aku buat kerja Islam.

3. Aku malaslah nak kerja banyak-banyak, bagi aku kerja mudah-mudah sudahlah.

4. Takpe, aku datang usrah ni aku nak dengar je. Ni kira aku buat kerja Islam jugaklah.

5. Aku rasa, dengan join perubuhan tu bagus, sebab ramai orang dalam tu jadi tak banyaklah kerja.

6. Persatuan tu terkenal, jadi senanglah kalau aku join nanti tak perlu susah-susah nak buat kerja.

7. Aku rasa malam ni aku tak boleh datanglah, exam tak lama lagi ni.

Di atas adalah sebahagian daripada 1001 alasan yang mudah/bakal dicipta oleh seseorang petugas Islam kerana diri sendiri yang tidak sanggup menerima kepayahan dan tidak sanggup berkorban. Barangkali orang-orang seperti ini lupa akan janji-janji dan ganjaran daripada Allah. Sebesar-besar syurga Allah, kesenangan dunia juga yang dikejar. Sebaik-baik nikmat Allah di syurga, kejayaan duniyawi juga di kejar padahal suatu masa dahulu bukan main lagi sebuk bercerita pasal kepincangan negara.

Mari kita teladani firman Allah Taala dalam surah at-Taubah ayat 41

Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah(untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Allah memang dah agak dah yang kalian ni suatu hari nanti bila orang lain ajak berjuang (atau anda sudah berada dalam saf perjuangan) kalian memang akan mempunyai banyak beban dan beban-beban ini akan menjadi alasan untuk kalian menangguh/menolak melakukan kerja-kerja Islam. Sudah terang lagi nyata, Allah menyuruh kita berjuang dalam kita malas mahu pun rajin, susah mahupun senang.

Jadi, ada apa-apa alasan lain?


Aku berkerja apabila aku rasa senang – Part 1

Amal Islami

Berkerja bersungguh-sungguh supaya tatacara dan perlembagaan hidup dilaksanakan berlandaskan Islam.

Ini adalah pengertian mudah yang boleh kami simpulkan selepas daripada pertemuan kami minggu lalu. Amal Islami ini wajib daripada pandangan Islam sebagaimana Al-Quran dan As-Sunnah telah menggariskannya dengan begitu banyak keterangan yang jelas. Begitu banyak ayat-ayat yang jelas maknanya yang memerlukan kita sebagai umat Islam bangun dan memastikan undang-undang dan hak-hak Allah tertegak di atas muka bumi ini.

Realitinya

Masalah-masalah yang melanda umat Islam hari ini begitu banyak dan tak perlu ditulis lagi disini. Punca permasalahan semuanya menjurus kepada kelemahan dan kebejatan sikap umat Islam yang leka dan ambil endah tak endah dalam mengurus kerja-kerja Islam (amal Islami). Kelemahan ini ada di pelbagai peringkat baik dari peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Perlukan bukti? Belambak. Tak perlu tulis di sini.

Cara mengatasi?

Amal Islami. Itu jawapannya. Ya, kedengaran senang untuk diucap di mulut dan dijaja dalam penulisan-penulisan blog tapi ramai yang gagal untuk memberi cara penyelesaian yang konkrit dan memenuhi konteks di Malaysia (secara khusus); atau sebenarnya penyelesain sudah ada tapi ramai yang gagal untuk mahu melaksanakannya?

Happycircle lebih merasakan ramai yang gagal untuk mahu melaksanakan amal Islami. Jika nak beri alasan tidak tahu apa itu amal Islami, sangat banyak rujukan yang ada bahkan ramai ustaz-ustaz yang boleh dihubungi. Ramai antara kita yang hanya tahu bercakap ingin mula membuat kerja untuk Islam tapi gagal dalam membuahkan kata-kata. Lebih ramai yang berteori daripada yang benar-benar melaksanakannya.

Pendek kata, banyak cakap tapi tak ada amal.

Warga Happycircle

Setiap daripada kami telah berkongsi apa yang kami hendak lakukan untuk Islam i.e. Amal Islami kami. Berikut antara contohnya:

1. Meningkatkan amal-amal ibadat dan amal soleh seperti tadarus dan tadabbur Al-Quran serta melaksanakan solat-solat sunat rawatib.

2. Mewujudkan sebuah ‘band’ yang menyampaikan lagu berunsurkan Islam.

3. Dan banyak lagi. Maaf tidak ingat.


Happycircle mendoakan agar sahabat-sahabat terus dengan niat dan memastikan niat tersebut dibuahkan dengan melalui amal. Apabila kita sudah mula melaksanakan amal-amal tersebut, janganlah kita hanya melakukannya apabila kita mempunyai kepalapangan sahaja kerana Allah menyukai hamba-hambanya yang berterusan berkorban untuk agama-Nya.