We're family afterall

adab

Kedudukan Adab dalam Islam

Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada sebahagian para Sahabatnya :

Sesungguhnya kamu bertemu dengan saudara-saudaramu sekalian , maka percantikkanlah pakaian kamu,perbaikilah tunganggan kamu, sehingga kamu itu seolah-olah tahi lalat di kalangan manusia, Sesungguhnya Allah tidak menyukai ketidaksopanan dan kurang adab

[berkata Syeikh Abdul Fattah : Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Imam Ahmad dan Al-Hakim dalam ‘Mustadrak’ daripada hadith Sahl bin Al-hanzaliah r.a]

Berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah : Maksud disini (tahi lalat) adalah hendaklah mereka itu terselah dengan kecantikan dan kebersihan mereka dengan bau-bauan yang harum dan penampilan yang kemas sepertimana jelasnya tahi lalat di rupa wajah yang cantik dan dengan tahi lalat itu wajah tersebut bertambah terserlah.

Adab Makan haruslah dipelihara

Berkata Al-Imam Al-Qurafi dalam kitabnya ” Al-Faroq” ( ketika beliau sedang berbicara tentang kedudukan adab berbanding amal , dan menjelaskan bahawa adab lebih didahulukan mengikut turutan ) :

Ketahuilah bahawa Sesungguhnya sedikt daripada adab lebih baik dari banyaknya amalan, oleh kerana itu telah berkata Ruwaim seorang yang alim dan soleh kepada anaknya : Wahai anakku jadikanlah amalanmu seperti garam,dan adabmu seperti tepung iaitu perbanyakkanlah beradab sehingga nisbahnya itu seperti banyaknya tepung daripada garam ( dalam adunan) ,maka banyaknya adab dalam keadaan amal yang sedikit lebih baik daripada amal yang banyak tetapi kurang adabnya

[ dinaqalkan oleh Syeikh Abdul –Fattah Abu Ghuddah di dalam kitabnya ‘min Adabi Alislam ]

Rujukan : Min adab Al-Islam oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

Advertisements