We're family afterall

From KL to Soton!

Assalamualaikum WBT

Untuk adik-adik yang bakal menyambung pelajaran ke bumi Southampton, ahlan wasahlan kami ucapkan!

Semoga segala urusan berkaitan universiti, visa dan pihak penaja dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah.

University of Southampton

Setelah selesai visa dan sudah mendapat tiket dari pihak penaja, here comes the most difficult part of all……PACKING!!

Jika dahulu setiap kali pulang ke kolej, sentiasa rasa berdebar kalau-kalau ada barang yang tertinggal. Pasti perasaan yang sama melanda adik-adik apabila bersiap sedia untuk meninggalkan bumi bertuah Malaysia untuk terbang ke bumi asing yang beribu batu jauhnya. Kalau tertinggal barang, boleh buat U-turn ke ? hehe.

InsyaAllah entry kali ini akan cuba membantu adik-adik dalam menyelesaikan masalah

“What to bring, and to do before flying to Soton! ”

To bring

1)       Pakaian

Bawalah pakaian harian yang akan dipakai ke kelas. Baju Melayu/baju kurung, mungkin boleh dibawa sepasang dua. Sudah cukup untuk dipakai ketika majlis rasmi atau Hari Raya. Adik-adik muslimat mungkin lebih rajin memakai baju kurung ke majlis-majlis anjuran MSA ataupun Isoc nanti. Jika suka, bolehlah bawa lebih. Baju-baju di sini biasanya berharga GBP8 ke atas. Jika mahu jimat bawalah baju-baju dari Malaysia. Socks sangat murah di sini. Boleh borong di sini sahaja.

Raya di sini happening juga

2)      Jacket

Kebanyakannya boleh dibeli di sini. Tetapi memandangkan adik-adik akan sampai pada pertengahan/hujung September, maka digalakkan membawa sehelai baju yang agak tebal untuk dipakai sebelum anda berpeluang untuk shopping di sini. Jika jumpa jacket yang cantik dan murah di Malaysia, boleh saja beli tetapi cukuplah hanya satu. Jika mahu boleh beli lagi di sini. Pilihannya lebih banyak.

Contoh pakaian yang sesuai

3)      Kasut yang sesuai

Di UK akan banyak berjalan jauh berbanding di Malaysia. Walaupun penaja menggalakkan adik-adik berpakaian formal ketika hendak fly, digalakkan untuk terus memakai sneakers atau kasut yang flat memandangkan anda akan kepenatan membawa beg-beg yang agak besar dan berat. Juga akan terpaksa berdiri semasa beratur di dalam airport. Sayangi kaki anda, pakailah kasut yang selesa.

4)      Periuk Nasi

Bawalah satu yang kecil. Tak perlu yang fancy. Cukup yang simple saja. Untuk menjimatkan ruang dalam bag, boleh letak barang di dalam periuk nasi. Tak perlu bawa beras. Mudah saja diperoleh di sini. InsyaAllah, hari-hari awal ketibaan anda di sini, anda akan dijamu oleh senior-senior di sini.

5)      Makanan

Bolehkah membawa makanan seperti ikan bilis, cili kering, kuih raya dari Malaysia? Jawapannya boleh. Pastikan barang-barang yang berbau itu di bungkus elok-elok. Lebih baik jika ia dilabel. Jika pihak kastam menahan dan check bag, mudah untuk menerangkan apa yang ada dalam bungkusan. Kebanyakan makanan mudah didapat di sini. Belacan, serai, beras, rempah ratus dan instant kebanyakannya ada dijual tetapi mungkin harganya lebih mahal sedikit berbanding di Malaysia. Bolehlah jika mahu bawa sedikit bekalan, tapi jangan sampai overweight pulak bag dengan makanan-makanan yang anda bawa. Boleh juga bawa kuih raya untuk menjamu senior-senior yang tak pulang beraya J

6)      Peralatan komputer/Kamera

Jika anda mencari peralatan komputer first hand di kedai-kedai di sini, mungkin agak mahal. Jadi belilah siap-siap di Malaysia. Boleh dapat jauuuh lagi murah di sana. Di sini mungkin ada  ebay dan amazon, tapi di Malaysia ada Low Yat !

7)      Cermin mata/ contact lens

Beli siap-siap di Malaysia. Di sini sangat MAHAL! Kalau dah lama tak check mata, check la mata siap-siap sebelum fly. Takut-takut kene tambah power.

8)      Stationeries

Pen, pembaris, pensel, pemadam dan seangkatan dengannya, sangat murah di Malaysia berbanding di sini. Bawa juga siap-siap.Sangat berbaloi. Buku-buku tulis insyaAllah OK lagi harganya.

9)      Handphone

Kebanyakan mobile phone contract di sini ada menawarkan handphone percuma. Walaubagaimanapun, bawalah handphone anda ke sini. Beli baru atau tidak , itu soal ke dua. InsyaAllah banyak simcard yang percuma disini dan mudah juga untuk top up. Sementara membeli handphone baru, gunakanlah telefon lama anda J

10)   Quran Tafsir dan Maathurat

Untuk lebih mudah, bawalah Al-Quran tafsir. Lebih mudah untuk dibawa dan tak perlu wudhu untuk dipegang. Sangat berguna sebagai bekalan di bumi asing ini. Jika dahulu jarang untuk kita membelek maksud ayat-ayat Al-Quran, maka inilah masanya untuk menganjak paradigma agar lebih maju ke depan dengan memahami Al-Quran

What to do?

1)      Jumpa Dentist

Sebelum fly, pergilah berjumpa dengan dentist untuk buat check up gigi anda. Di sini kosnya agak mahal.

2)      Potong rambut

Potong siap-siap di Malaysia. Kos potong rambut di soton paling murah is 5pound (utk lelaki). Untuk perempuan, kosnya adalah lebih tinggi. Kecualilah jika anda tidak kisah kawan-kawan anda mencuba skil memotong rambut mereka pada rambut anda. Siapa tahu mungkin mereka berbakat!

Rata-rata rambut lelaki ialah 'panjang sederhana' selepas 3 bulan sampai

3)      Gambar passport

Print lebih sikit gambar-gambar ini memandangkan ia diperlukan untuk student ID, Resident card dan beberapa lagi application form.

4)      Berbuat baik kepada ibu bapa dan keluarga

Dugaan utama belajar di Uk adalah berjauhan daripada ibu bapa da keluarga. Ibu bapa banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk memastikan urusan adik-adik ke luar negara. Sebelum jarak menjadi punca untuk kita berjasa kepada mereka, maka gunakanlah kesempatan yang sekejap ini untuk membahagiakan hati mereka. Siapa tahu apa yang bakal terjadi tatkala kita di perantauan. Semoga Allah lindungi ibu bapa dan keluarga adik-adik.

Sayangi Ibu Bapa kita =)

Walau jauh mana pun kita merantau, satu perkara penting yang jangan di tinggalkan adalah jati diri kita sebagai Melayu-Islam. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. InsyaAllah, pengembaraan adik-adik ke bumi Eropah ini akan banyak membawa perubahan minda kita dan mendekatkan lagi diri kita kepada Sang Pencipta, jika kita berfikir. Semoga Allah permudahkan urusan adik-adik untuk ke Soton.

Kita jumpa di sana!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s