Ku menunggu Ramadhan akan datang!
Salam Syawal untuk semua pembaca! =)
Alhamdulillah kita semua sudah selesai melalui madrasah Ramadhan 1431 Hijrah yang lalu. Namun masih ada antara kita yang pastinya tidak merasa puas sepanjang menjalani ibadah pada Ramadhan. Tidak puas kerana tidak berjumpa dengan Malam Seribu Bulan.
Mari kita hayati Hadis berikut:
•Daripada Abu Dzar Al-Ghiffari r.a
•Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w
•“Wahai Rasulullah, khabarkan kepada ku mengenai lailatul qadr. Adakah ia di dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain?
•Nabi: Bahkan , ia di dalam Ramadhan
•Abu Dzar : Ia ada bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila mereka wafat, adakah ia juga diangkat(sudah tiada) atau ia kekal hingga hari kiamat?
•Nabi : Bahkan, ia akan kekal hingga hari kiamat
•Abu Dzar : Bahagian ramadhan yang manakah ya Rasulullah
•Nabi : Carilah ia di sepuluh awal dan sepuluh akhirnya
•Abu Dzar : Dimanakah ia diantara 20 puluh itu?
•Nabi : Di sepuluh yang terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepada ku selepas ini
Tetapi aku ingin benar-benar mendapatnya, maka aku bertanya lagi.
•Abu Dzar : Aku bersumpah ke atas Mu atas hakku, beritahulah aku, dimanakah dalam sepuluh hari itu?
•Lalu Rasulullah, amat marah terhadap aku dan tidak pernah baginda marah sebegitu sekali semenjak aku bersahabat dengan baginda. Tetapi baginda bersabda
•Nabi : Carilah ia pada 7 malam terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepadaku
•Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i
Jadi tips sudah diberi, ayuh kita perhebat dan sambung amalan-amalan yang kita telah lakukan sepanjang Ramadhan lalau, untuk bulan-bulan akan datang, sebagai persediaan untuk bertemu Lailatul Qadr tahun akan datang
Bay’ Al ‘Inah
